Tadbir urus perancangan tahunan yang sistematik.
Penyelaras Lean Management bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan amalan pengurusan lean dalam organisasi bagi mengurangkan pembaziran, memendekkan masa proses dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Peranan ini menyokong Teras 2: Governan yang Responsif dan Mampan, Teras 3: Pemerkasaan Bakat, Teras 4 melalui pendigitalan dan automasi proses serta Teras 6 melalui pelaksanaan inovasi pengurusan dan penambahbaikan berterusan.
Skop Tugas
- Mengenal pasti pembaziran dalam proses kerja
- Menyelaras projek penambahbaikan proses
- Melaksanakan pemetaan proses kerja
- Menggalakkan amalan 5S
- Menyediakan prosedur kerja yang lebih standard
- Mengurus dokumentasi dan bukti pelaksanaan serta pencapaian projek lean
